

Aktiviti PdP

Set Induksi

-
Guru menayangkan gambar tentang orang yang sedang solat.
-
Murid bersoal jawab bersama guru tentang gambar yang ditayangkan.
-
Guru mengaitkan gambar tersebut dengan topik pembelajaran yang akan diajar hari ini.
Langkah 1
-
Murid melihat paparan nota berkaitan pengertian 'Sunat Ab'ad dan Sunat Hai'at' di hadapan kelas.
-
Murid mendengar penerangan guru tentang paparan nota tersebut.
-
Murid memberi contoh berdasarkan pengertian 'Sunat Ab'ad dan Sunat Hai'at' dengan bimbingan guru.
-
Guru melakukan aktiviti sumbang saran bersama murid berkaitan topik pembelajaran.
Langkah 2
-
Guru menerangkan perkara-perkara sunat dalam solat iaitu 'Sunat Ab'ad dan Sunat Hai'at' dengan menggunakan laman BrainS2GO.
-
Murid mendengar penerangan guru dengan tekun.
-
Guru melakukan sesi soal jawab bersama murid berkenaan topik pembelajaran.
-
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
-
Setiap kumpulan perlulah membina 'Peta i-Think' berkenaan perkara-perkara sunat Ab'ad dan Hai'at.
-
Setiap kumpulan diberikan masa selama tujuh minit untuk menyiapkan tugasan.
-
Guru menilai hasil kerja murid.
Langkah 3
-
Guru memaparkan dan menerangkan tatacara sujud sahwi di hadapan kelas.
-
Wakil setiap kumpulan diminta ke hadapan untuk membuat simulasi sujud sahwi.
-
Kemudian, guru melakukan aktiviti pengukuhan berkaitan topik pembelajaran menggunakan aplikasi Wordwall dan Quizizz.
Penutup
Penutup sosial
-
Guru merumuskan dengan bertanyakan murid tentang topik pembelajaran.
-
Guru menasihati murid supaya sentiasa mendirikan solat dengan sempurna dan khusyuk.